Select Page

Berikut adalah penjelasan lanjut merujuk kepada kemaskini Peringatan Kedua dan Mustahak.
Kenyataan berkenaan seorang pelajar yang telah didapati positif COVID-19.

Fakta kes adalah seperti berikut:
Seorang pelajar PhD UTM telah disahkan positif ujian COVID-19 dari kluster Perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Beliau sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Beliau telah menghadiri kursus pendek di UTMKL dalam tempoh 14 hari sebelum diagnosis diperolehi.

Keadaan terkawal dan mengikut rekod pergerakan, hanya seorang urusetia kursus telah dikesan sebagai kontak rapat. Kontak rapat tersebut telah menjalani ujian saringan dan tidak mempunyai simptom dan kini diletakkan di bawah tempoh ‘Home Surveillance’.

Langkah pencegahan telah segera diambil iaitu melakukan pembersihan dan sanitasi di bilik kuliah terbabit dan kawasan persekitaran.

19 Mac 2020