Ahli kelab foto staf UTM yang turut serta dalam Kursus Asas Fotografi begitu tekun mendengar Ceramah yang disampaikan oleh Presiden Kelab Foto Staf UTM En. Supandi Bin Bunangin yang merupakan seorang Jurufoto yang telah lama berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia.

Peserta didedahkan dengan pelbagai Tenik dan Elemen didalam seni fotografi. Kursus Asas Fotografi Staf UTM ini telah berlangsung selama 2 hari, juga turut menerima permintaan hebat dikalangan Staf UTM, walaubagaimanapun penyertaan hanya terhad kepada 30 orang sahaja pada sesi pertama 2013 ini. Berikut adalah diantara gambar-gambar disepanjang kursus.