Select Page

Berikut adalah notis terkini berkaitan aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PnP) yg melibatkan warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk tempoh sepanjang tahun 2020, berdasarkan situasi semasa krisis pandemic COVID-19, sebagaimana yang telah dinasihati oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). 

 Dalam memastikan agar warga UTM bersiap-sedia dalam menghadapi sebarang senario dan kemungkinan pelanjutan berpanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang bakal diikuti dengan larangan berterusan bagi sebarang aktiviti berkumpulan termasuk pergerakan massa secara bebas; UTM dengan ini memohon agar seluruh warganya bersedia menghadapi KEMUNGKINAN bahawa: 

  • PnP secara dalam talian dan jarak jauh mungkin akan berterusan sehingga ke penghujung tahun 2020.
  • Kemungkinan tiada aktiviti PnP secara bersemuka sehingga ke penghujung tahun 2020, kecuali terhad kepada beberapa kursus tertentu yang tidak dapat dielakkan dan telah dirancang serta diberi kebenaran awal oleh UTM dan KPT.
  • Pendaftaran pelajar pada semester 1 dibuat secara dalam talian.

Perkara di atas adalah tertakluk kepada situasi semasa krisis COVID-19, keputusan dan pengumuman oleh pihak kerajaan terutama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Tinggi yang akan diumumkan dari masa ke semasa oleh pihak UTM.

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa)
Universiti Teknologi Malaysia
23 April 2020